Bisikan
Director:
Opie Zami
Cast:
Iman Zulkarnain, Azhan Rani, Vanida Imran, Fatin Afeeda, Rayqa, Altimet
Genre:
Horror, Thriller
Language:
Bahasa Melayu
Movie Rating:
18
Release Date:
2026-11-19
Subtitles:
-
Runtime:
86 minutes
Synopsis
‘LUKA YANG BERBISIK’
Syafiq dan keluarganya berpindah ke rumah baharu, mencari permulaan yang tenang. Tetapi sesuatu telah lama menanti kehadiran mereka.
Bisikan misteri mula menghantuinya—suara yang memanggil namanya, kelibat yang muncul dalam gelap. Tiada siapa percaya kecuali Syira, adiknya yang amat disayangi dan dilindunginya melebihi nyawa sendiri.
Namun bisikan itu tahu kelemahan Syafiq. Semakin dia cuba melindungi Syira, semakin kuat kuasa gelap itu mencengkam keluarga mereka.
Apabila nyawa adiknya tergantung di hujung tali, Syafiq terpaksa melawan sesuatu yang tidak dapat dilihat atau difahami sesiapa—sebelum semuanya terlambat. Kerana ada luka yang tidak pernah sembuh. Dan ada bisikan yang tidak akan berhenti, sehingga ada yang mendengar.

