
Image Source: Harian Metro
Syamsul Yusof: Antara Pengarah Terbaik Di Malaysia
Syamsul Yusof ni anak Datuk Yusof Haslam, tapi jangan ingat dia dapat free pass je. Dia start dari bawah jugak, kena reject skrip dengan bapa sendiri, kena uji dengan projek kecil dulu baru dapat peluang besar.
Dah enam kali dia menang Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, dan Anugerah PROFIMA.
Yang paling power, dia menang Pengarah Asia Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik untuk filem Munafik. Sampai 2018.
10 filem arahan Syamsul Yusof dah kutip RM113.5 juta — termasuk hits macam KL Gangster, Khurafat: Perjanjian Syaitan, dan Munafik yang ramai orang tak berani tengok sorang-sorang malam-malam.
Senarai filem arahan Syamsul Yusof ni, memang bukti dia memahami apa Malaysian nak tengok.
Klik sini untuk lihat filem lokal yang akan datang ke TGV!
Sentuhan Syamsul dalam Dunia Seram
Filem-filem seram Syamsul Yusof sering bermain dengan ketegangan emosi dan unsur spiritual, menjadikan ketakutan itu terasa lebih dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia.
Daripada kisah gangguan mistik hingga perjuangan melawan kejahatan yang lebih besar, inilah antara filem seram Syamsul Yusof yang paling meninggalkan kesan.
1. Munafik (2016)

- Tarikh tayangan: 25 Feb 2016
- Pelakon utama: Syamsul Yusof, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, Datuk Rahim Razali
Syamsul Yusof buat Munafik dengan bajet RM1.6 juta je, tapi filem ni jadi blockbuster tempatan dengan kutipan RM19.04 juta.
Dia ambil dua bulan nak siapkan skrip, rujuk ustaz untuk pastikan setiap benda betul dari segi agama. Bukan main-main.
Filem ni berkisar tentang Ustaz Adam, seorang pengamal perubatan Islam yang hidup runtuh lepas isteri dia meninggal dunia dalam kemalangan.
Keimanan dia mula goyah, dia tarik diri dari masyarakat. Bila dia dipaksa rawat seorang perempuan bernama Maria yang kena rasuk, mula lah benda pelik datang bertubi-tubi.
Yang buat filem ni berbeza, Syamsul tak takut nak campurkan unsur seram dengan Islam secara terus terang. Munafik terus masuk dalam tema keimanan, kemunafikan, dan kuasa doa.
Munafik berjaya menang lima anugerah daripada sembilan pencalonan kat Festival Filem Malaysia ke-28, termasuk Pengarah Terbaik. Filem ni bukak jalan untuk Munafik 2 yang keluar tahun 2018.
2. Munafik 2 (2018)

- Tarikh tayangan: 30 Aug 2018
- Pelakon utama: Syamsul Yusof, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz
Dua tahun lepas peristiwa dalam filem pertama, Ustaz Adam kembali berhadapan dengan dugaan yang lebih besar.
Syamsul buat filem ni dengan cara dia sendiri. Dia bukan setakat lakon, tapi direct, tulis skrip, dan edit sendiri.
Budget naik jadi RM2.5 juta berbanding filem pertama, dan nampak lah dalam production value dari segi visual effect sampai lokasi kayangan macam Tasik Chini.
Yang menarik, Syamsul selitkan unsur dakwah kuat dalam cerita horror ni. Penonton akan merasa seram, tapi sekaligus dapat pengajaran agama.
Film ini pecahkan rekod box office Malaysia dengan kutipan RM48 juta, jadi filem tempatan kedua tertinggi dalam sejarah.
3. Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011)

- Tarikh tayangan: 13 Jan 2011
- Pelakon utama: Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali
Ini dia filem seram pertama Syamsul.
Cerita ni ikut Johan, seorang pembantu hospital yang kahwin dengan Aishah. Hidup biasa, sampai lah mula kena ganggu dengan benda pelik.
Syamsul suka guna lighting gelap dan jumpscare kuat. Bukan semua orang suka teknik ni, tapi memang mula jadi trademark dia.
Filem ni buat RM2.5 juta dalam empat hari pertama dan jadi nombor satu box office Malaysia masa tu. Ramai yang complaint gelap sangat, tapi ramai juga yang mengaku memang seram.
Kontroversial, tapi undeniably popular.
Kehidupan Jalanan dan Aksi Kencang
Sebelum namanya cukup sinonim dengan filem seram, Syamsul Yusof terlebih dahulu mencipta impak besar melalui dunia aksi yang penuh adrenalin, konflik jalanan dan pertarungan maruah.
Daripada aksi kereta yang laju hingga dunia gelap kongsi gelap, inilah antara filem Syamsul Yusof yang membuktikan kekuatannya dalam membina hiburan komersial yang keras, bergaya dan mudah melekat dalam ingatan penonton.
4. KL Gangster (2011)

- Tarikh tayangan: 9 Jun 2011
- Pelakon utama: Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Adi Putra, Soffi Jikan, Zizan Razak
Kalau you pernah tengok filem gangster Malaysia yang betul-betul berbunyi Malaysia, KL Gangster ni lah dia.
Syamsul tak cuba nak jadi Hong Kong atau Hollywood. Dia buat filem gangster yang berlaku kat jalanan KL, dengan loghat KL, perangai KL, masalah KL. Dia mempunyai identiti sendiri.
Syamsul juga faham gangster Malaysia bukan sekadar tumbuk-menumbuk. Ada soal maruah, ada soal keluarga, ada masa Malek bentang sejadah tengah-tengah semua kekecohan tu.
KL Gangster memecah rekod filem tempatan masa tu. Ramai kata adegan gaduh best, lakonan sedap, walaupun dialog kadang-kadang bunyi macam budak sekolah bercakap garang.
Tapi kan, memang macam tu pun orang gangster wannabe kat sini!
5. KL Gangster 2 (2013)

- Tarikh tayangan: 3 Oct 2013
- Pelakon utama: Aaron Aziz, Adi Putra, Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Zizan Razak
Kalau awak tengok KL Gangster yang pertama dulu, awak mungkin tertanya-tanya macam mana Malek dengan Jai jadi gangster. KL Gangster 2 jawapannya.
Sebagai prequel, filem ini cerita pasal dua beradik, Malek dan Jai, yang terseret masuk dunia gangster lepas ayah mereka meninggal.
Syamsul Yusof bawa gaya dia yang tegas dan bertenaga dalam filem ni. Rosyam Nor berlakon macam reptilia untuk watak Tailong, Aaron Aziz pulak cedera betul-betul masa bergaduh. Lawan-lawan dalam filem ni memang tak tipu punya.
Kutipan boxoffice filem ini cecah RM4.96 juta, walaupun lebih rendah dari yang pertama. Tapi bajet RM4.51 juta dah terbayar balik.
6. Evolusi KL Drift 2 (2010)

- Tarikh tayangan: 25 Mar 2010
- Pelakon: Syamsul Yusof, Farid Kamil, Scha Alyahya, Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Remy Ishak
Apa yang Syamsul buat lain kali ni?
Filem ini bukan sekadar letak kereta drift je. Dia cuba masukkan unsur jenayah yang lebih serius – dadah, dendam, polis yang kejar penjenayah. Struktur cerita lebih berat sikit.
Filem ni berjaya kutip RM6 juta di pawagam. Bukan senang nak dapat angka macam tu untuk filem tempatan masa 2010.
Kita boleh nampak Syamsul mula faham formula dia – aksi, kereta, drama, dan casting yang kuat. Malah ada yang panggil filem ni versi Malaysia punya Tokyo Drift.
Heroisme Melayu Moden
Dalam karya yang lebih berskala epik, Syamsul Yusof turut membawa semangat heroisme Melayu ke layar besar dengan cara yang lebih moden, dramatik dan penuh emosi.
Filem seperti ini bukan sekadar mengangkat keberanian seorang pahlawan, tetapi juga menyentuh soal maruah, pengorbanan, perjuangan bangsa.
7. Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022)

- Tarikh tayangan: 23 Jun 2022
- Pelakon utama: Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan As’ari
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan adalah filem paling besar yang pernah Syamsul Yusof hasilkan. Bukan sekadar dari segi belanjawan RM8 juta, tapi dari segi skala cerita.
Syamsul buat keputusan pelik sikit kali ni. Dia tak berlakon langsung dalam filem sendiri. Sebaliknya, dia fokus penuh pada arahan dan penyuntingan.
Hasilnya, you boleh nampak Syamsul cuba angkat nada nasionalis dan Islam dengan sangat kuat. Setiap babak ada dialog tentang mempertahankan tanah Melayu, agama, dan maruah.
Filem ini dikaitkan dengan kumpulan ultra-konservatif, dan ada yang kritik sebab watak bukan Melayu digambarkan sebagai penjahat. Tapi dari segi box office, Mat Kilau memang ledak—kutipan RM100 juta dalam 40 hari. Filem tempatan paling laris dalam sejarah Malaysia.